Thursday, October 28, 2010

Ramai Buta Sejarah

Sejarah..dipelajari untuk dihayati bukan untuk tujuan dihafal bagi tujuan peperiksaan...
Jika saya PM. Adakan satu penilaan untuk rakyat yang berumur 21 tahun.. supaya dapat kerakyatan dewasa.. hak mengundi.. hak pemilikan harta..salah satu komponen penilaian adalah memahami sejarah negara.

Sunday, October 10, 2010

12 Maut nahas Jalan Raya

Jika Saya PM..

Bas Ekspress kerap membawa masaalah terutamanya..dilebuh raya.
Sering dipandu laju dan membuta tuli.
Peraturan had laju tidak mencukupi kerana banyak pembandu bas yang ingkar.

Jika saya PM .. penyelesaian yang mudah seperti ini.
Apabila bas ekspress memasuki lebuh  raya.. ambil contoh bas mengambil tiket tol di tol Juru menuju ke Kuala Lumpur.
katakan jarak dari tol juru ke tol Jalan duta adalah 300km..
maka basa ekspress dibenarkan untuk keluar dijalan duta kira kira lima jam selepas itu.

pengiraan mudah .. masa untuk perjalanan paling laju 90km/jam .. maka untuk 300km lebih kurang 3 jam 30 minit. dan masa rehat pula adalah 30minit rehat pertama dan 30 minit rehat terkemudian
jadi diperlukan masa perjalanan 4jam 30  minit. jika bas mula bertolak dari toljuru pada pukul 12 tengahhari maka ia mesti sampi paling awal pun di jalan duta adalah pukul 4.30 petang jika kurang dari masa itu maka bas akan ditahan terus..

jika lebih banyak ckeck point diadakan dilebuh raya maka lebih tepat lah pemantauan.. banyak teknologi terkini yang dapat mengesan kehadiran bas di sesuatu laluan tanpa bas perlu memberhentikan kenderaan.

Tuesday, October 5, 2010

Ushawan bermusim yang Rugi

AYAM, ARNAB, PUYUH, LINTAH, KETAM, KELI, CACING

>> Sunday, September 12, 2010

(sumber : http://kadikluang.blogspot.com/2009/09/ayam-arnab-puyuh-lintah-ketam-keli.html)


Dalam topik Mazidul hari ini cerita pasal ayam http://mazidulakmal.blogspot.com/ . Saya nak cerita pasal pengalaman orang kita berusaha untuk berjaya dalam kerjaya untuk jadi usahawan. Kebanyakan orang Melayu tidak begitu tetap pendirian dalam berniaga, cepat putus ada dan suka menukar dan mencuba sesuatu yang baru.

.
Sekarang nak ternak ayam kampung organik dan macam-macam lagi nama ayam kampung. Mudah-mudahan yang dah ceburi bisnes ini akan terus berjaya dan jangan buat sekerat jalan saja. Tapi sesiapa yang belum ceburi, jangan terus ceburi, kena buat kajian terperinci dahulu sebelum masuk ke dunia ini. Bukan saya nak patahkan semangat, tapi saya cerita dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah lingkup.

.
Sebelum ini orang Melayu pernah bela arnab, katanya daging arnab ni bagus dan boleh dikomersialkan. Akhirnya bisnes ini merudum, orang tak berapa lalu makan arnab, ditambah pula banyak penyakit arnab seperti kurap, siapa nak makan arnab kurap.

.
Lepas tu bisnes burung puyuh, sekerat jalan, untung tak seberapa, telur puyuh pula banyak kolestrol, tidak baik untuk kesihatan.

.
Lepas tu tanam cendawan, separuh jalan, pasaran susah, orang semput dan lelah tak berapa boleh makan cendawan. Lepas tu masuk bisnes tanam sayur dalam bekas (kalau tak silap saya nama dia hidropony, lebih kurang gitulah bunyinya), yang duduk kondo pun boleh tanam. Kemudia hasilnya tak seberapa, dah agak-agak besar, sayur tu pulak layu tiba-tiba.

.
Lepas tu, orang ajak bisnes ternak lintah, katanya boleh untung ratusan ribu dalam masa 6 bulan. Ramai buat pinjaman termasuk pinjaman Tekun, majlis perasmian pula dipanggilnya YB untuk suntik semangat. Akhirnya lintah tak membiak, tak besar-besar dan banyak yang hilang.Banyak tempat, sekarang orang kita rugi dan meninggalkan hutang.

.
Ramai juga yang terpengaruh dengan ketam batu, kononnya boleh diternah dalam tangki air. Dah masuk akhbar dan tv pun, ramai yang kerugian puluhan ribu masuk perniagaan ini. Yang untung adalah syarikat yang buat kursus dan membekalkan peralatan.

.
Kawan saya ternak ikan keli dalam tangki, mula-mula bersemangat dan ajak saya join sama. Lepas tu, bila ikan dah besar, takde pasaran pulak. Yang peliknya dia sendiri tak makan ikan keli, kalau saya makan juga, tapi dia tak hantar pun kat rumah saya. Bisnes dia rugi lebih 20 ribu buat pinjaman bank.

.
Ada kawan saya bisnes ternak cacing, sampai dalam bilik dia pun dibela cacing. Dia tak sedar pada mulanya, tanah dan makanan cacing itu adalah tahi lembu. Maka bau taiklah bilik tidur dia. Lepas tu cacing mati satu persatu, akhirnya dia kasi makan ikan puyu kat rumah dia saja. Rugi habis.

.
Nasihat saya, kepada orang Melayu dan Islam, dalam berniaga kita perlu ada ilmu, bukan mudah ikut-ikut. Nabi Muhamad SAW adalah contoh perniaga yang berjaya. Wanita juga hebat berniaga, Siti Khadijah contoh wanita yang berjaya. Semoga berjaya dalam perniagaan.


Jika Saya PM.

Pastikan rakyat jangan tertipu lagi...

FELDA Kalah Lagi

Jika Saya PM.
Jika benar seperti diberitakan.. siasat segera siapa pengkhianat sebenar yang menipu peneroka. Bawa mereka kemuka pengadilan. bersihkan imej felda yang terjalar.

Pegawai belot kena ISA

Jika Saya PM.

Saya akan cadangkan pegawai yang belot.. dianggap menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, Dan Negara.
Jika terbukti bersalah wajarlah dijatuhkan hukuman bunuh..atas alasan menderhaka kepada negara..

Perkasakan Bahasa Kita

Jika Saya PM...

  • Bahasa kebangsaan harus lah dimartabatkan... Kepimpinan melalui tauladan.. dimulakan dengan PM diikuti para menteri yang bertutur dalam bahasa kebangsaan jika menghadiri sebarang majlis rasmi,sidang media  dalam negara dalam bahasa kebangsaan.  jepun..china.. indonesia.. arab.. boleh buat kenapa kita tidak boleh buat..
  • Beri insentif pada hotel.. restoran.. pusat membeli-belah.. yang mengunakan bahasa kebangsaan seperti dimulakan dengan ucapan "selamat datang" "boleh saya ambil pesanan anda".. insentif mungkin berupa promosi percuma, potongan cukai, direktori pelancongan yang diwujudkan  oleh kerajaan..

  • Pinda peraturan..bagi setiap barangan yang dijual dimalaysia mesti ada panduan dan penerangan dalam bahasa kebangsaan

  • Wujudkan "makmal bahasa kebangsaan" untuk terjemahkan sebarang permintaan pihak swasta untuk produk atau perkhidmatan yang perlu diterjemahkan secara percuma... kakitangan makmal bahasa kebangsaan bolehlah terdiri pensyarah. dan guru bahasa yang boleh diambil secara sambilan.. ada terjemahan adalah bayaran yang ditanggung oleh pihak kerajaan..
  • Sebarang perundangan seperti perjanjian jual beli, polisi insuran mestilah dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan bolehlah dalam bahasa inggeris , mandarin , tamil dan lain.
  • Disamping itu juga jangan dilupakan bahasa global iaitu bahasa inggeris, pengajaran bahasa inggeris harus diubahsuai supaya dapat pastikan rakayat bertutur dalam bahasa inggeris
  • Bahasa Mandarin juga dimestikan untuk rakyat selain kaum cina untuk menguasainya supaya negara kita dapat merebut peluang kebangkitan negara kuasa baru dunia iaitu China

Monday, October 4, 2010

Pasang 'spy'

 

Pasang 'spy'
Oleh Johari Ibrahim

2010/10/05

Jabatan Imigresen minta SPRM letak pegawai di ‘kawasan panas’

PUTRAJAYA: Dalam usaha membanteras gejala rasuah di semua pintu masuk sempadan negara, Jabatan Imigresen akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menempatkan pegawainya sebagai pengintip di ‘kawasan panas’ yang dikenal pasti.

Selain di Pulau Ketam dan Port Dickson, Jabatan Imigresen juga mahu anggota SPRM ditempatkan di pintu sempadan di Kukup, Stulang Laut, Batu Pahat, Pasir Gudang di Johor; Padang Besar, Perlis; Rantau Panjang, Kelantan dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.



Harapkan pagar, pagar makan padi. 

Jika saya PM, contohi singapura dengan meletakkan bot polis marin dalam jarak 2 hingga 5 kilometer di persisiran pantainya. cuba anda lihat di selat terbrau sentiasa ada ada bot berwarna biru yang mengawasi perairannya.  

Jika bot peronda sebuah harga 5 juta, 
panjang pantai malaysia 3000km
letakkan bot peronda setiap 5 kilometer setiap bot perlu awasi jarak 2.5 kilometer.
diperlukan 3000/5 bot peronda = 600 bot peronda
jumlah perbelanjaan yang diperlukan 5 juta/bot *600bot=3000juta atau 3 billion
lebih murah berbanding harga dua buah kapal selam*..

pasti sempadan malaysia sukar dibolosi... itupun kalau orang yang kita harapkan tidak makan padi..

*Agence France Presse
June 5, 2002
KUALA LUMPUR
Related:
Call for Arms: FEER

M
ALAYSIA on Wednesday, June 5, sealed a 1.035 billion euro (US$972 million) deal to buy three French submarines to establish its first fleet of subs but dismissed fears of an arms race. Its maiden deal with European shipbuilders DCN International and Izar involved two new Scorpene-class submarines and an overhauled ex-French navy submarine, the Agosta 70, for initial training.