Tuesday, October 5, 2010

Ushawan bermusim yang Rugi

AYAM, ARNAB, PUYUH, LINTAH, KETAM, KELI, CACING

>> Sunday, September 12, 2010

(sumber : http://kadikluang.blogspot.com/2009/09/ayam-arnab-puyuh-lintah-ketam-keli.html)


Dalam topik Mazidul hari ini cerita pasal ayam http://mazidulakmal.blogspot.com/ . Saya nak cerita pasal pengalaman orang kita berusaha untuk berjaya dalam kerjaya untuk jadi usahawan. Kebanyakan orang Melayu tidak begitu tetap pendirian dalam berniaga, cepat putus ada dan suka menukar dan mencuba sesuatu yang baru.

.
Sekarang nak ternak ayam kampung organik dan macam-macam lagi nama ayam kampung. Mudah-mudahan yang dah ceburi bisnes ini akan terus berjaya dan jangan buat sekerat jalan saja. Tapi sesiapa yang belum ceburi, jangan terus ceburi, kena buat kajian terperinci dahulu sebelum masuk ke dunia ini. Bukan saya nak patahkan semangat, tapi saya cerita dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah lingkup.

.
Sebelum ini orang Melayu pernah bela arnab, katanya daging arnab ni bagus dan boleh dikomersialkan. Akhirnya bisnes ini merudum, orang tak berapa lalu makan arnab, ditambah pula banyak penyakit arnab seperti kurap, siapa nak makan arnab kurap.

.
Lepas tu bisnes burung puyuh, sekerat jalan, untung tak seberapa, telur puyuh pula banyak kolestrol, tidak baik untuk kesihatan.

.
Lepas tu tanam cendawan, separuh jalan, pasaran susah, orang semput dan lelah tak berapa boleh makan cendawan. Lepas tu masuk bisnes tanam sayur dalam bekas (kalau tak silap saya nama dia hidropony, lebih kurang gitulah bunyinya), yang duduk kondo pun boleh tanam. Kemudia hasilnya tak seberapa, dah agak-agak besar, sayur tu pulak layu tiba-tiba.

.
Lepas tu, orang ajak bisnes ternak lintah, katanya boleh untung ratusan ribu dalam masa 6 bulan. Ramai buat pinjaman termasuk pinjaman Tekun, majlis perasmian pula dipanggilnya YB untuk suntik semangat. Akhirnya lintah tak membiak, tak besar-besar dan banyak yang hilang.Banyak tempat, sekarang orang kita rugi dan meninggalkan hutang.

.
Ramai juga yang terpengaruh dengan ketam batu, kononnya boleh diternah dalam tangki air. Dah masuk akhbar dan tv pun, ramai yang kerugian puluhan ribu masuk perniagaan ini. Yang untung adalah syarikat yang buat kursus dan membekalkan peralatan.

.
Kawan saya ternak ikan keli dalam tangki, mula-mula bersemangat dan ajak saya join sama. Lepas tu, bila ikan dah besar, takde pasaran pulak. Yang peliknya dia sendiri tak makan ikan keli, kalau saya makan juga, tapi dia tak hantar pun kat rumah saya. Bisnes dia rugi lebih 20 ribu buat pinjaman bank.

.
Ada kawan saya bisnes ternak cacing, sampai dalam bilik dia pun dibela cacing. Dia tak sedar pada mulanya, tanah dan makanan cacing itu adalah tahi lembu. Maka bau taiklah bilik tidur dia. Lepas tu cacing mati satu persatu, akhirnya dia kasi makan ikan puyu kat rumah dia saja. Rugi habis.

.
Nasihat saya, kepada orang Melayu dan Islam, dalam berniaga kita perlu ada ilmu, bukan mudah ikut-ikut. Nabi Muhamad SAW adalah contoh perniaga yang berjaya. Wanita juga hebat berniaga, Siti Khadijah contoh wanita yang berjaya. Semoga berjaya dalam perniagaan.


Jika Saya PM.

Pastikan rakyat jangan tertipu lagi...

No comments:

Post a Comment