Monday, October 4, 2010

Jangan pertikai Hak Bumiputera (melayu dan lain-lain)

Melayu=bumiputera=jawa,banjar,iban,dayak,bidayuh,kadazan,dusun,murut,orang laut,melayu asli, patani, kedah tua,..

Acapkali dalam kegairahan politikus meraih sokongan untuk dirinya atau untuk partinya atau untuk barisan atau pakatan nya.. mereka suka pada pekara yang sensasi..

Pada hemat saya biarlah hak orang melayu itu tetap hak orang melayu , kalau mahu pertikaikan juga mampukah anda mengubah perlembagaan?..

Hak orang melayu dan tetap hak orang melayu.. tetapi benarkah hak orang melayu terjamin.. banyak tanah orang melayu telah diambil secara paksa atau sukarela atas dasar pembangunan atau komersial.. jarang sekali tanah orang cina dan india diambil-alih... mana hak orang melayu?

Zaman sudah berubah.. dulu memang orang melayu perlu dibantu kerana ramai miskin.. tetapi hari ini masih ramai lagi orang melayu yang miskin kerana orang melayu adalah majoriti.

Hari ini, ramai juga orang cina yang miskin, orang india yang miskin mereka juga perlu dibantu..

Dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tidak perlu mengira kaum, asalkan seseorang itu terletak dalam kumpulan diparas kemiskinan sesiapa sahaja perlu dibantu...

Kerana miskin pendidikan tidak sempurna, kerana miskin makanan tidak berkhasiat, kerana miskin ruang hidup tidak selesa, kerana miskin lah orang kaya ada yang ambil kesempatan(tindas orang miskin) ,Sebenarnya kemiskinanlah punca pada banyak permasaalahan sosial.. ambil dadah, meragut, merompak, rogol dan segala jenayah...

No comments:

Post a Comment