Tuesday, October 5, 2010

Perkasakan Bahasa Kita

Jika Saya PM...

  • Bahasa kebangsaan harus lah dimartabatkan... Kepimpinan melalui tauladan.. dimulakan dengan PM diikuti para menteri yang bertutur dalam bahasa kebangsaan jika menghadiri sebarang majlis rasmi,sidang media  dalam negara dalam bahasa kebangsaan.  jepun..china.. indonesia.. arab.. boleh buat kenapa kita tidak boleh buat..
  • Beri insentif pada hotel.. restoran.. pusat membeli-belah.. yang mengunakan bahasa kebangsaan seperti dimulakan dengan ucapan "selamat datang" "boleh saya ambil pesanan anda".. insentif mungkin berupa promosi percuma, potongan cukai, direktori pelancongan yang diwujudkan  oleh kerajaan..

  • Pinda peraturan..bagi setiap barangan yang dijual dimalaysia mesti ada panduan dan penerangan dalam bahasa kebangsaan

  • Wujudkan "makmal bahasa kebangsaan" untuk terjemahkan sebarang permintaan pihak swasta untuk produk atau perkhidmatan yang perlu diterjemahkan secara percuma... kakitangan makmal bahasa kebangsaan bolehlah terdiri pensyarah. dan guru bahasa yang boleh diambil secara sambilan.. ada terjemahan adalah bayaran yang ditanggung oleh pihak kerajaan..
  • Sebarang perundangan seperti perjanjian jual beli, polisi insuran mestilah dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan bolehlah dalam bahasa inggeris , mandarin , tamil dan lain.
  • Disamping itu juga jangan dilupakan bahasa global iaitu bahasa inggeris, pengajaran bahasa inggeris harus diubahsuai supaya dapat pastikan rakayat bertutur dalam bahasa inggeris
  • Bahasa Mandarin juga dimestikan untuk rakyat selain kaum cina untuk menguasainya supaya negara kita dapat merebut peluang kebangkitan negara kuasa baru dunia iaitu China

No comments:

Post a Comment